Tuesday, June 16, 2009

indahnya kecantikan....



Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Dia menjadikan makhluknya juga cantik
. Tidak hilang kecantikan disisi Allah walaupun diberi kepada semua makhluknya.

Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi Yusuf, fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti umur Nabi Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak bermisai atau berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim
sahaja yang berjanggut.

Yusuf dikurniakan separuh kecantikan dunia (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas).

Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga kalau sehelai rambut bidadari jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau perfume wanita).

Jika seorang bidadari memandang ke bumi dari tempat tinggalnya di langit, semua jarak di antaranya akan dipenuhi cahaya dan bau harum. Wajah seorang bidadari lebih cemerlang daripada cermin, dan seseorang boleh melihat bayangannya sendiri di pipi bidadari. Sumsum tulang keringnya dapat dilihat mata. (MISHKAT, volume 3, 83-97)

Dalam satu riwayat…..Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.

Kecantikan bidadari hanya dapat dilihat oleh suaminya sahaja kerana Bidadari hanya tinggal di rumah masing-masing dan tidak keluar darinya:

Ar-Rahman [72] Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.

Bidadari itu pula hanya melihat kepada suaminya sahaja:

Ar-Rahman [56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),

Namun kecantikan isteri (perempuan dunia yang soleh) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga.

Kalau cantiknya bidadari pun tidak terbayang dengan akal fikiran, jauh sekali hendak membayangkan cantiknya syurga, apalagi hendak membayangkan betapa cantiknya Allah.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.


insyallah...

kembalinya kita suma dlm keadaan cantik iman dan amalan yg dibawa...

2 comments:

  1. indahnya jd ahli syurga :)

    mcm ni kte kene berusaha jd isteri solehah.insyallah ;)

    ReplyDelete
  2. to fathiyah

    insyallah...

    sama2lah kita menjadi yg terbaik buat suami yg tersayang....

    ReplyDelete