Wednesday, June 10, 2009

Tips Keselamatan Diri dan Sekeliling...

Dewasa ini kita sering diwar-warkan melalui media massa tentang kes ugutan, pembunuhan dan kes jenayah yg lain, tidak kiralah melalui media cetak mahupun media elektronik.

Apabila berbicara tentang soal keselamatan, adalah perlu kita menjaga keselamatan diri sendiri, keluarga dan termasuklah orang-orang yang berada di sekeliling sebagai seorang ahli masyarakat yang prihatin.

Berikut adalah TIPS keselamatan dan peringatan dalam menatangani kejadian yg tidak diingin dari berlaku:

  • Ketika menggunakan mesin ATM, peka pada keadaan sekeliling dan perhatikan jika

ada kelibat orang-orang yg mencurigakan.

  • Jika anda perasan ada seseorang yang sedang menunggu dan memerhatikan dari luar

kawasan mesin ATM, elakkan / jauhi dari menggunakan perkhidmatan di situ.

Tinggalkan kawasan itu dan laporkan kepada pihak polis dengan segera kerana
tindakan anda itu dapat membantu orang lain daripada menjadi mangsa.

  • Berjalan di dalam kawasan yang bercahaya.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri.
  • Elakkan dari 'merayau-rayau' / menggunakan kawasan yg telah disenarai-hitamkan.
  • Bawa hanya barangan yg diperlukan di dalam dompet / tas tangan.
  • Elakkan dari membawa barangan yg bernilai / jumlah wang yang banyak.
  • Elakkan dari menggunakan jalan pintas menerusi lorong / jalan yg gelap / kawasan

yang tidak berpenghuni.

  • Sekiranya anda berjalan kaki, berjalanlah di tepi jalan raya dengan cara menentang

arus lalu lintas.

  • Senantiasa berfikiran ke hadapan. Contoh : Ketika anda di dalam perjalanan pada

waktu malam, sediakan kunci pada tangan anda untuk memasuki rumah / kereta.

  • Kunci pintu dengan kadar segera setelah anda memasuki kenderaan.
  • Gunakan wisel untuk mendapatkan perhatian sekiranya berlaku hal kecemasan.
  • Gunakan 'pepper spray' apabila diperlukan.
  • Nasihat yang dicadangkan adalah agar anda bekerjasama apabila berhadapan dengan

penjenayah kerana dengan cara ini dapat mengurangkan risiko untuk mendapat
kecederaan.

apapun yg apa yg penting kita mestilah sentiasa bersedia dgn sebarang kejadian yg tidak diingini ini, tp kdg2 kita pun x perasan kan so kita hendaklah berhati2 semasa berada di tmpt awam...

No comments:

Post a Comment